Wednesday, 20 August 2014

Merdekaaa Mode !!!!

Merdeka..... Merdeka..... Merdeka..... Merdeka..... Merdeka..... Merdeka.....Merdeka.....



Apakah itu merdeka?

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma ang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara, tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.

Tugu Kemerdekaan

Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas.

Sumbangan saya pada Malaysia….
Pada saya, sumbangan terhadap negaraku yang tercinta ini kecil sahaja jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang lain.  Apa yang dapat saya sumbangkan ialah pembangunan dari sektor pendidikan dan inventori ketenteraan.

Dalam sektor pendidikan, saya terlibat secara tidak langsung sebagai guru tusyen kepada salah seorang kawan saya di kampung di mana saya di amanahkan untuk mengajar anaknya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.

Dalam sektor inventori ketenteraan pula, saya hanya memberi pandangan dan idea kepada salah seorang sahabat saya yang bekerja dalam sektor ketenteraan, di mana pada masa itu saya di minta untuk memberi sedikit pandangan tentang sistem dan persenjataan tentera malaysia. 

Itulah sedikit sebanyak tentang sumbangan saya kepada negaraku yang tercinta iaitu Malaysia.......


Those who didn't understand, use Google translate ;)

Sumber: 

5 comments: